Perkara itu dikongsi Afieq menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Afieq meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membuat ucapan dan mendoakannya di hari instimewa itu.
"Alhamdulillah saya sudah berumur 22.
"Terima kasih kepada yang mendoakan Afieq tak kira dari mana sudut pun," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Afieq mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraannya.
Imbas kembali, Afieq telah memenangi tempat ketiga ketika berentap bersama Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan Baby Shima di pentas akhir Big Stage musim pertama tahun lalu.