Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Terima Kasih Kerana Ambil Berat...”- Keluar Rumah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan, Ini Penjelasan Erra Fazira

Syafiqah Jalal 20/03/2020 | 08:21 MYT
Pelakon Erra Fazira menafikan dia sengaja hendak melanggar perintah kawalan pergerakan selepas dilihat keluar rumah semalam.
Menurut Erra, dia terpaksa keluar rumah atas tuntuan kerja dan hanya untuk bersiaran secara langsung di Mingguan Wanita pada jam 12 tengahari.
Pun begitu, dia meminta semua peminatnya usah bimbang kerana dia masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani masalah penyebaran virus Covid-19.
”Sayangku, terima kasih kerana ambil berat. Ya saya aware dan saya sentiasa ambil langkah berjaga-jaga..
“Tapi tanggungjawab saya harus saya laksanakan. Maka saya keluar rumah untuk tugasan SIARAN LANSUNG satu jam..
“Selepas itu, zassssttttt terus balik umah! Dont worry k..” tulisnya.
Erra menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Sementara itu, Erra turut memberi tips dan cara bagaimana untuk memanfaatkan masa di rumah ketika tempoh arahan kawalan pergerakan.
“Buat kalian semua, manfaatkan masa ini dengan perkara berfaedah dan jangan lupa selain usaha kita yang kecil ini, jangan putus-putus berdoa okay.
”Untuk hindarkan rasa bosan.. apakata kalian ciptalah target.. macam saya, target saya nak siapkan painting, nak kemas rumah, nak bake cake, nak baca al-Quran beserta tafsir, nak kemas kini kerja-kerja tertunggak.. haaaa.. banyak kan?! Target jer.. laksana wallahualam,” katanya lagi.
Senalam, Erra bersiaran langsung bersama Norman Hakim di saluran Astro Prima selama satu jam bermula 12 tengahari.
Untuk siaran serta program-program serta telefilem menarik jangan lupa nikmatinya secara percuma di Astro Go dan semua saluran Astro anda!
View this post on Instagram

sayangku, terima kasih krn ambil berat.. yes saya aware dan saya sentiasa ambil langkah berjaga2.. tanggungjawab saya harus saya dilaksanakan.. maka saya keluar rumah utk tugasan SIARAN LANSUNG satu jam.. pas tu, zassssttttt terus balik umah! ? Dont worry k.. ? . . buat kalian semua.. manfaatkan masa ini dgn perkara berfaedah dan jgn lupa selain usaha kita yg kecil ini, jgn putus2 berdoa k. . . untuk hindarkan rasa bosan.. apakata kalian ciptalah target.. macam saya, target saya nak siapkan painting,, nak kemas rumah, nak bake cake, nak baca alquran beserta tafsir, nak kemas kini kerja2 tertunggak.. haaaa.. byk kan?! Target jer.. laksana wallahualammm ? . . sorry.. muka sebesar2 skrin.. time ambik rasanya tak penuh skrin.. bila post jadi besawwww ??

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

#Erra Fazira #COVID-19 #Kuarantin
;