Laman Utama

“Terima Kasih Kerana Selama Ini Telah…” - Noor Nabila

gempak
Asyikin Mayudin
29/09/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Kerana Selama Ini Telah…” - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.
Menerusi perkongsian di Instatory, Nabila melahirkan rasa syukur dikelilingi ramai insan baik yang sentiasa mendoakan dan menjadi sumber kekuatan serta tulang belakangnya.
"Special shout out kepada sistem sokongan saya yang sangat luar biasa. Terima kasih kerana selama ini telah membantu saya, penghibur saya, menjadi orang kepercayaan saya dan sumber kekuatan saya. Sangat bersyukur dan memberkati semua ini.
"Terima kasih semua yang menghubungi saya dengan penuh kasih sayang dan prihatin. Doa dan kata-kata baik anda sangat bermakna bagi saya. Saya amat bersyukur," kongsinya.
Menerusi beberapa siri hantaran pada entri sama, Nabila turut memuat naik beberapa foto individu yang dimaksudkannya iaitu keluarga serta rakan baiknya.
Pada 26 September lalu, Nabila mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya iaitu Engku Emran selepas mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.
BACA SINI: “Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
BACA SINI: “Penuhkan Hati Saya Dengan Ketenangan” - Noor Nabila
Untuk rekod, Engku Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Manakala Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live