Tahniah diucapkan buat pengarah Amen Khalid dan warga Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang kini berjaya mencatat RM2 juta hari ini.

Ini merupakan bukti sokongan masyarakat terhadap naskhah terakhir Allahyarham Mamat Khalid yang diteruskan oleh anaknya, Amen.

Walaupun Amen boleh dianggap masih baru namun bakatnya dalam bidang pengarahan juga harus diperakui.

Berita gembira ini juga diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi Gempak dan juga Astro Shaw.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Bagi yang belum menonton, saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali juga kini boleh ditonton di pawagam terpilih.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).