Skip to main content

Viral

“Terima Kasih Mak Atas Doamu..” - Kak KM Teruja Dapat Kunci Rumah Banglo Ala Villa Bernilai RM5 Juta

untitled-design-2022-06-07t024642-082.jpg

Usahawan sensasi Liana Rosli meluahkan rasa bersyukur apabila berjaya memiliki rumah banglo bercirikan villa yang sudah lama menjadi idamannya. 

Menerusi laman sosial Instagram, Liana atau lebih dikenali dengan nama Kak KM berkongsi momen mendapat kunci rumah banglo miliknya itu untuk tatapan umum. 

Istimewanya lagi, ketika mahu mengambil kunci rumah, dia dikejutkan dengan kunjungan ibu, Normah Damanhuri dan ahli keluarga yang lain. 

“Surprise yang menjadi. Alhamdulillah syukur hari ni dapat kunci banglo. Terima kasih mak di atas doamu,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Tidak hanya itu, Kak KM turut melahirkan ucapan penghargaan buat suami dan adik beradiknya yang lain. 

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu menunjukkan Kak KM ditemani suami menjenguk rumah banglo baharu mereka yang dilengkapi dengan kolam renang. 

Tambahnya, dia akan melakukan beberapa pengubasuaian di bahagian luar rumah yang berharga RM5 juta itu mengikut citarasanya. 

 

Must-Watch Video

Advertisement