Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Terima Kasih Mak Atas Doamu..” - Kak KM Teruja Dapat Kunci Rumah Banglo Ala Villa Bernilai RM5 Juta

Azwa Rahman
06/06/2022 19:01 MYT

Usahawan sensasi Liana Rosli meluahkan rasa bersyukur apabila berjaya memiliki rumah banglo bercirikan villa yang sudah lama menjadi idamannya. 

Menerusi laman sosial Instagram, Liana atau lebih dikenali dengan nama Kak KM berkongsi momen mendapat kunci rumah banglo miliknya itu untuk tatapan umum. 

Istimewanya lagi, ketika mahu mengambil kunci rumah, dia dikejutkan dengan kunjungan ibu, Normah Damanhuri dan ahli keluarga yang lain. 

“Surprise yang menjadi. Alhamdulillah syukur hari ni dapat kunci banglo. Terima kasih mak di atas doamu,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Tidak hanya itu, Kak KM turut melahirkan ucapan penghargaan buat suami dan adik beradiknya yang lain. 

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu menunjukkan Kak KM ditemani suami menjenguk rumah banglo baharu mereka yang dilengkapi dengan kolam renang. 

Tambahnya, dia akan melakukan beberapa pengubasuaian di bahagian luar rumah yang berharga RM5 juta itu mengikut citarasanya. 

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan ucapan tahniah di atas kejayaan Kak KM berjaya memiliki sebuah rumah besar idaman berkat doa ibunya. 

“Congratulations my love untuk rezeki yang berkat,” tulis Ahya Rosli. 

“Congratulations sayangku Liana Rosli,” komen seorang wargamaya. 

“Congrats sayang, happy for you,” ujar seorang wargamaya.

“Tahniah! Suka tengok kak KM cool je. Alhamdulillah rezeki bertambah selalu,” doa seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, tahniah Kak KM di atas usaha mu, doakan saya agar jadi macam Kak KM, amin,” kata seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 125,000 tontonan daripada pengikutnya. 

#Kak KM #Rumah banglo Kak KM #Rumah Kak KM 5 juta