Pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama isteri, Natalia Mustafa Kamal semalam.

Menurut Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, 40, dia bersyukur kerana selama 10 tahun bersama banyak pengorbanan berharga yang dilakukan isterinya termasuk melayan kerenahnya.

“Happy anniversary yang ke-10 tahun sayang. Semoga perkhawinan kita akan kekal ke jannah.

“Terima kasih kerana melahirkan tiga orang anak yang comel hadiah yang tak ternilai harganya kepada I. Masakan air tangan you juga membuatkan I tidak akan lupakan sehingga hayat I.

“Terima kasih juga kerana selama 10 tahun ini melayan kerenah cute I sampai you pun ketawa terbahak- bahak disebabkan chemistry kita cukup mengagumkan.

“Semoga terus beristiqamah dan menjadi pemaisuri I yang tabah dan bersabar sehingga akhir hayat. I love you so much,” tulisnya.

Zed berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Zed memuat naik foto perkahwinan mereka.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan tahniah dan selamat ulang tahun perkahwinan.

Zed dan isteri mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun dan juga anak kembar perempuan berusia setahun.

Hepi anniversary yang ke 10 tahun sayang. Semoga perkhawinan kita akan kekal ke jannah. Terima kasih kerana melahirkan 3 orang anak yang comel hadiah yang tak ternilai harganya kepada i. Masakan air tanggan u juga membuatkan i tidak akan lupakan sehingga hayat i. Terima kasih juga kerana selama 10 tahun ini melayan kerenah cute i sampai u pun ketawa terbahak bahak disebabkan chemistry kita cukup menkagumkan. Semoga terus beristiqamah dan menjadi pemaisuri i yang tabah dan bersabar sehingga akhir hayat. I luv u so much. @nellynatalya

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil) on