"Terima Kasih Mendoakan, Sedekahkan Bacaan Yassin & Solat Hajat Untuk Kesembuhan Papa" - Anak Kongsi Perkembangan Terkini Mamat Khalid

Rozaimi Zubaidi
Januari 28, 2019 07:50 MYT
Anak perempuan kepada pengarah Mamat Khalid, Sara Khalid, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan bapanya.
Menerusi entri di Facebook miliknya, Sara memberitahu kesihatan bapanya semakin pulih selepas menerima rawatan dihospital.
“Terima kasih yang mendoakan, datang melawat, sedekahkan bacaan Yassin dan Al-fatihah, solat hajat untuk kesembuhan papa.
"Alhamdulillah, he is improving and showing positive response towards his meds.
“I am eternally indebted to all of your kind souls, kalian adalah rahmat Tuhan kepada keluarga kami.
"Semoga Allah swt membalas jasa baik kalian kepada papa. InsyaAllah,” tulisnya.
Sebelum ini, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
Menurut isteri beliau, Hasmah Hassan, Mamat dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat selepas mengadu sakit dada dan batuk.
#mamat khalid #Pengarah #Sara Khalid