Laman Utama
“Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan” - Ustaz Azhar Idrus Dibenarkan Pulang
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus kini dibenarkan pulang selepas dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Selasa lalu.
Perkembang itu dikongsi oleh isterinya, Rogayah Sulong menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Menurut isterinya, tahap kesihatan suaminya kini sudah beransur pulih.
"Alhamdulillah Ustaz dah 'discharge'. Terima kasih pada pihak hospital HSNZ atas layanan yang baik.
"Terima kasih juga kepada crew (kru) ustaz dan kepada semua yang mendoakan. Semoga ustaz sembuh seperti sediakala agar dapat meneruskan dakwah seperti biasa," tulisnya.
Terdahulu, Ustaz Azhar dimasukkan ke HSNZ selepas mengadu tidak sihat dan disyaki mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.