Isteri pendakwah bebas Dai' Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi telah mengumumkan dirinya sedang hamil di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Noorainul, 40, atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Erin menyatakan dia mengalami muntah namun tidak pernah terlintas di fikiran sedang berbadan dua.

"Dah 5 tahun tak pernah fikir nak cari benda ni.. Tut tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa.

"Tapi bila adik petrol pump tegur 'akak ok ke nampk macam tak ok je tah tah berisi kot, maklumla memang musim dia ni' terus gabra. Pagi ni p cari juga benda ni," tulisnya.

Dalam pada itu, Dr. Erin tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya untuk mempunyai cahaya mata tidak lama lagi.

"Rasa macam dapat anak pertama je dia punya teruja bila dia bagi 2 calit kat situ..

"Alhamdullilah rezeki Ramadan, Covid-19 terima kasih sebab bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ye.

"Mungkin terlalu awal untuk menunjuk tetapi perasaan teruja dia lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ni..Maaf tau," tulisnya lagi.



Terdahulu, nama pasangan ini kontroversi di kalangan media dan umum apabila Farhan mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.

Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.