"Terima Kasih Sebab Jaga Saya Dengan Baik" - Hazama Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2

Asraf Aided
Januari 15, 2019 09:41 MYT
Penyanyi Hazama telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-2 bersama isterinya, Genervie Kam semalam.
Perkara itu dikongsi Hazama menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Selamat ulang tahun yang ke-2 sayang, terima kasih sebab jaga saya dengan baik, love you sayangku," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Hazama mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka berdua.
Hazama dan Genervie mula mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017, majlis pernikahan mereka itu berlangsung di Orchid Villa, Gombak.
#Hazama #Hazama