Anggota Juara Gegar Lawak, Kumpulan Kiut, Niezam mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang memahami kerjaya seninya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zam berkongsi gambar bersama isterinya beserta ucapan ulang tahun kelahiran, semalam.

"Selamat hari lahir buat my lovely wife @nurkhearane! Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan sayang.

Selamat hari lahir buat my lovely wife @nurkhearane! Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan ayg.. terima kasih Sbb menjaga ank2 kita.. Terima kasih walaupun abg tau benda ni sungguh susah dan sukar ...Tapi ayg cuba untuk fahamkan kerjaya abg.. Terima kasih di atas segalanya... maaf tak dapat balik penang untuk sambut birthday sama2..abg dekat sini cari rezeki untuk family.. doakan abg kat sini... Luv u!

A post shared by Niezam_kiut (@niezam_kiut) on


"Terima kasih sebab menjaga anak-anak kita, walaupun abang tau benda ni sungguh susah dan sukar tapi sayang cuba untuk fahamkan kerjaya abang.

"Terima kasih di atas segalanya. Maaf tak dapat balik penang untuk sambut birthday sama-sama. Abang dekat sini cari rezeki untuk family. Doakan abang kat sini," tulisnya.

Untuk rekod, kumpulan Kiut turut dianggotai oleh Mohammad Syahir atau lebih dikenali sebagai Tapai, Mohamad Hanaffi Mat Yusuf (Shendo) dan Mohd Fairul Nidzam Mat Yusuf (Niezam).