"Terima Kasih Sebab Menjaga Anak-Anak Kita, Walaupun...." - Niezam Kiut

Rozaimi Zubaidi
April 10, 2019 07:46 MYT
Anggota Juara Gegar Lawak, Kumpulan Kiut, Niezam mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang memahami kerjaya seninya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zam berkongsi gambar bersama isterinya beserta ucapan ulang tahun kelahiran, semalam.
"Selamat hari lahir buat my lovely wife @nurkhearane! Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan sayang.
"Terima kasih sebab menjaga anak-anak kita, walaupun abang tau benda ni sungguh susah dan sukar tapi sayang cuba untuk fahamkan kerjaya abang.
"Terima kasih di atas segalanya. Maaf tak dapat balik penang untuk sambut birthday sama-sama. Abang dekat sini cari rezeki untuk family. Doakan abang kat sini," tulisnya.
Untuk rekod, kumpulan Kiut turut dianggotai oleh Mohammad Syahir atau lebih dikenali sebagai Tapai, Mohamad Hanaffi Mat Yusuf (Shendo) dan Mohd Fairul Nidzam Mat Yusuf (Niezam).
#Pelawak #Kumpulan Kiut #Niezam