Laman Utama

“Terima Kasih Sebab Sedarkan Saya”- Cara Nubhan Hargai Mak Jenny Buat Ramai Yang Tersentuh

gempak
Syafiqah Jalal
13/10/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Sebab Sedarkan Saya”- Cara Nubhan Hargai Mak Jenny Buat Ramai Yang Tersentuh
Layanan mesra penyanyi Nubhan terhadap ibunya yang popular dengan panggilan Mak Jenny telah membuka hati ramai orang untuk lebih menghargai ibu mereka.
Salah satunya apabila ada seorang pengikut laman sosialnya menghantar mesej peribadi dengan memberitahu vide-vudeo yang dikongsikan ketika bersama Mak Jenny telah menginsafkan dirinya supaya melayan ibu dengan lebih baik.
“Terima kasih sebab sedarkan saya. Saya baru sahaja follow page ni, sangat-sangat insafkan saya. Saya masih ada emak, saya rindu mak saya…
“Saya nak layan mak saya macam Nubhan layan mak dia. Sebelum ini saya layan mak lebih kurang sahaja. Kalau berjumpa asyik bergaduh.
“Tengok reaksi mak Nubhan, kalau mak kita marah kita bukan sebab dia tak suka sebab dia tak sayang. Terima kasih,” tulisnya.
Mesej peribadi itu dikongsikan Nubhan menerusi paparan skrin di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen pula, Nubhan akui tidak sangka menerima banyak respon positif daripada netizen.
“Allahuakbar…tak sangka video-video saya dengan mak mendapat respon yang sungguh touching.
“Mak sangat berharga buat saya.. saya harap dapat membuka mata lebih ramai di luar sana untuk sentiasa menghargai mak.
“Mak yang Allah pinjamkan buat saya tiada gantinya. Saya rasa masih besar jasa mak buat saya berbanding apa yang saya dapat berikan buatnya. I love you @omak.jenny ,” balasnya.
Nubhan dan Mak Jenny mula trending selepas ramai yang suka melihat gelagat bersahaja seorang ibu dan anak. Mereka kini menjalankan perniagaan sambal bersama.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live