"Terima Kasih Sebab Tolong" - Motosikal Rider OKU Ini Dijumpai Semula Lepas Viral! Sampai Hati Pencuri!

ZULHILMI JALIL
Julai 10, 2020 04:25 MYT
Kisah seorang rider penghantar makanan yang kehilangan motosikalnya dalam satu insiden kecurian di sebuah pusat beli-belah di Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor tular semalam.
Lebih menyentuh hati, apabila rider tersebut dikatakan merupakan seorang pemegang kad orang kelainan upaya (OKU), pekak dan bisu.
Kisahnya itu dikongsikan satu laman Faceook sebelum ia menjadi tular di Twitter sehingga diulang kicau lebih 17,000 kali selepas dikongsikan seorang pengguna, Mohd. Redzuan Abdul Manap.
Sekeping foto yang memaparkan dirinya terduduk mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Mohon sebarkan. Motosikal Rider ni yang juga OKU ( pekak dan bisu) hilang di Leisure Mall, Johor. Semoga dapat balik, kesian motosikal cari makan setiap hari. pic.twitter.com/YJdDdT4GaF

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apatah lagi, lelaki yang dikenali dengan nama Faizal, 34, itu bergantung harap dengan motosikal tersebut dalam mencari sumber rezeki.
Bagaimanapun, kurang 24 jam selepas tular kisahnya semalam, motosikal tersebut berjaya ditemui seorang penduduk di Kampung Sri Paya, Larkin.
Lokasi motosikalnya itu dijumpai kira-kira 15 kilometer daripada tempat motosikalnya hilang pada 8 Julai lalu.
Sementara itu, Faizal ketika dihubungi Gempak memberitahu, dia bersyukur apabila motosikalnya itu berjaya diperolehi semula.
"Alhamdulillah, motor dah jumpa balik. Terima kasih kepada sahabat-sahabat sebab banyak tolong.
"Keadaan motosikal pun okay. Saya bawa Grab sudah sembilan bulan," jawabnya ringkas menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Dalam pada itu, ramai netizen mengecam tindakan si pencuri yang disifatkan tidak berhati perut.
"Kasihannya, sedangkan yang kurang upaya tak putus asa cari rezeki halal.
"Orang tu cari rezeki halal hang boleh pi curi. Dasar malaun.
"Kejamnya dunia sekarang, semua orang terdesak," tulis sebahagian netizen.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Kredit foto: Twitter @redzuanNewsMPB
#Viral #Viral #OKU #Rider Grab