Pelakon Hairul Azreen menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 hari ini.

Perkara itu turut dikongsi Hairul menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Hairul bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberi ucapan di hari istimewanya itu.

"23 April 2020, terima kasih semua di atas ucapan hari lahir saya hari ini, Alhamdulillah #SalamRamadan2020 #32yearsyoung," tulisnya sebagai kapsyen.





Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari ramai pengikut Hairul di ruangan komen.

Rata-rata mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat pelakon kesayangan mereka itu.

23 April 2020 Thanks everyone for your birthday wishes for me today, Alhamdulilah #SalamRamadhan2020 ?? #32yearsyoung

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Imbas kembali, Hairul telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hanis Zalikha pada Jun 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf dan Alisa.