Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Terima Kasih Semua Yang Menolong..." - Maya Karin  Gembira Pemburu Haram Ditangkap

Asraf Aided
22/10/2019 10:04 MYT
Pelakon jelita, Maya Karin berasa gembira kerana pemburu haram yang memburu haiwan liar di kawasan Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu ditangkap oleh pihak berkuasa.

Perkara itu dikongsi Maya menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Maya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menangkap enam orang pemburu haram berkenaan.

"Terima kasih semua yang menolong menangkap pemburu haram!! We need more of you," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Maya turut berpuas hati kerana enam individu yang tidak bertanggungjawab itu berjaya ditangkap.

Terima kasih semua yang menolong menangkap pemburu haram!! We need more of you! . Repost @perhilitan_malaysia ・・・ Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah berjaya menangkap enam orang penceroboh warganegara Kemboja di kawasan Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu, Terengganu pada 19 Okt lalu yang disertai oleh PDRM dan NGO RIMBA.

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on


Difahahamkan, semua pemburu haram itu adalah warganegara Kemboja dan berjaya diberkas oleh Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta NGO RIMBA.
#Maya Karin
;