Terima Kasih Suami - Isteri Fad Bocey Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Perempuan

Fiza Kamarudin
November 22, 2017 12:29 MYT
Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah Abdul Rahman berkongsi pengalaman bersalin anak perempuan yang selamat dilahirkan pada 19 November lalu.
Syahirah menceritakan pengalaman tersebut menerusi akaun Instagramnya @syaheeraarahman beberapa hari lalu.
Bukan hanya sekadar kapyen, Syahirah juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan Fad bersama anak perempuannya sejurus bayi comel itu dilahirkan.
“Terima kasih wahai insan yang bernama suami sebab ada dari awal perjalanan melahirkan puteri kita.
“Dari 2 cm hinggalah ke 10 cm yang mengambil masa agak lama.
“Tapi Ya Allah nikmat kesakitan itu yang tak paling tak boleh nak lupa,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen video tersebut rata-ratanya memberikan ucapan doa dan selamat berpantang.
Fad dah Syahirah sebelum ini dikurniakan anak lelaki kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.
Foto: Instagram @syaheeraarahman
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Pelawak #Fad Bocey