Jika ditanya apakah barangan dapur yang paling viral ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya mesin memasak pelbagai guna yang dikenali sebagai Thermomix TM6.

Mesin berkenaan menjadi viral apabila berfungsi sebagai satu periuk serbaguna yang boleh melakukan kerja-kerja mengisar, mengukus, mengadun serta memasak.

BACA: “Siapa Cipta Mesin Ni? Bini Aku Nak Jumpa Dia” – Jadi Buruan Isteri & Igauan Suami, Mesin Berharga Lebih RM7,000 Ini Tiba-Tiba Tular!

Malah, mesin ini turut menjadi perhatian ramai apabila ada selebriti yang telah menggunakannya termasuklah pelakon Nabila Huda, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari serta pelawak Achey Bocey.

Terbaru, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nuhaliza turut menjadi antara individu bertuah apabila memiliki mesin canggih tersebut.

Perkara itu dikongsi Siti atau lebih mesra disapa Tokti menerusi Instagram Story, baru-baru ini.

"Apakah suprise ini. Terima kasih suamiku kerana memahami isterinya, terima kasih banyak sayang, alhamdulillah.

"Rajinlah saya nanti buat macam-macam," katanya.

Difahamkan, Thermomix TM6 berharga lebih RM7,000 dan dikatakan boleh memberi akses kepada 50,000 resipi.