Personaliti media sosial, Ryan Bakery tidak percaya apabila akaunnya menerima pengiktirafan ‘bluetick’ daripada aplikasi TikTok.

Berita gembira itu dimaklumkan Ryan menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya hari ini.

Menurut Ryan, dia amat berterima kasih atas sokongan diberikan terhadap kandungan digital yang dihasilkan olehnya.

Selain itu Ryan juga berjanji akan menghasilkan kandungan digital yang lebih baik lagi di masa akan datang.

“Akhirnya! Dapat juga! Terima kasih semua yang telah support saya dan sudi menerima content saya sebagai hiburan awak semua.

“Saya akan terus berkarya sejauh mana penerimaan awak semua terhadap content saya,” tulisnya.

Sehingga kini, akaun TikToknya diikuti 2.9 juta pengikut dan meraih 77 juta bagi keseluruhan tanda suka untuk video-videonya.

Terbaharu, Ryan juga turut berkolaborasi bersama pelawak terkenal, Shuib dalam beberapa buah video.

Untuk info, akaun yang telah menerima tanda biru ‘verified’ memberi maksud akaun seseorang personaliti, selebriti, figura umum atau pun duta sesuatu jenama itu asli dan disahkan oleh pihak Instagram serta TikTok.