Hiburan
“Terima Kasih Terus-Terang, Jiwa Itu Tak Boleh Dipaksa…” - Rody Kristal Komen Pengunduran Kecik
Gitaris Kristal, Rody berterima kasih kepada bekas anggota kumpulannya iaitu Kecik kerana berterus-terang sebelum membuat keputusan untuk mengundurkan diri.
Rody menerusi kenyataan diakaun Instagramnya sebentar tadi memberitahu memahami apa yang dirasakan oleh Kecik dan bersetuju untuk melepaskannya atas persetujuan bersama.
Tulis Rody lagi, walaupun sudah tinggalkan Kristal namun persahabatan mereka masih sama, tidak putus.
“Assalamualaikum… Kita bersifat terbuka tak perlu sorok. Kita boleh terima apa jua keputusan. Terima kasih @kecik_ogiee kerana berterus terang.
“Jiwa itu tak boleh dipaksa dan dibeli. Kita semua faham. Benda boleh selesai jika bersepakat dan berbincang.
“Setelah berbincang bersama. Keputusan telah dibuat bersama Pakdin (ayah saya) selaku pengasas @kristalband bahawa kita telah melepaskan @kecik_ogiee dari Kristal.
“Terima kasih Kecik! Kawan tetap kawan. So next? Ada ke orang nak menyanyi dengan Kristal?” tulisnya.
BACA: “Tak Boleh Galas Tanggungjawab, Jiwa Saya Dah Tak Ada” – Kecik Mohon Maaf Tinggalkan Kristal
Terdahulu, Kecik diumumkan menyertai Kristal pada Oktober 2018 selepas pengunduran bekas vokalis kumpulan berkenaan, Lan Solo pada November 2017.
Must-Watch Video