Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Terima Kasih Untuk Lagu Yang Indah & Bermakna Ini" - Catat 2 Juta Tontonan, Nabila Razali Beri Ucapan Sweet Kepada...

Hanafis Haris
21/04/2020 08:42 MYT
Pelakon dan penyanyi Nabila Razali berkongsi berita gembira apabila video muzik single terbarunya berjudul Peluang Kedua telah mencecah dua juta tontonan.

Lebih membanggakan video yang dimuat naik di YouTube itu berjaya mencapai jumlah tersebut hanya dalam tempoh lima hari sahaja.

Perkara itu turut dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya hari ini.

"Dua juta tontonan hanya dalam lima hari? Kredit semua harus diberi kepada lelaki ini.

"Terima kasih Hael Husaini untuk lagu yang indah dan bermakna. Semua ucapkan tahniah kepada Hael ok," katanya.

Sementara itu, ruang komen Instagram Nabila kini 'dihujani' dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis antaranya Sherry Alhadad, Indah Ruhaila serta komposer lagu itu sendiri Hael Husaini.

Terdahulu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 28, menarik perhatian ramai apabila bertindak berkongsi nombor telefon peribadinya selepas lagu Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan di Youtube.

Akibatnya, Nabila menerima lebih 33,000 mesej di WhatsApp dalam tempoh beberapa jam selepas berkongsi nombor telefon peribadinya kepada peminat.

BACA: “Saya Akan Bagi Nombor Telefon Peribadi Jika…..” - Nabila Razali

BACA: Kongsi Nombor Telefon Peribadi, Nabila Razali Terima Lebih 33,000 Mesej Di WhatsApp

2 MILLION VIEWS in just 5 DAYS??? All credit goes to this guy. Thank you so much @haelhusaini for the BEAUTIFUL & MEANINGFUL song. ??? Everyone please say congrats to Hael okay! ♥️

A post shared by Second Chance ? (@nabila.razali) on

Apapun, saksikan drama lakonan Nabila Razali di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Pada masa sama, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#Viral #Viral #Nabila Razali #Peluang Kedua
;