Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Terima Kasih Untuk Lima Bulan Yang Indah”- Shila Amzah Beri Bayangan Putus Cinta Dengan Ubai?

Syafiqah Jalal
24/05/2023 04:25 MYT
Penyanyi Shila Amzah memberi bayangan seperti sudah memutuskan hubungan cintanya dengan pempengaruh, Ubai.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya telah mengucapakan terima kasih di atas segalanya selama lima bulan hubungan mereka jalinkan.

“Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak telah menjadi rakan yang hebat kepada saya, terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang kepada Seth.

“Saya hanya doakan yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati @ubaimz.

“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ni sampai bila-bila,” kongsi Shila.

Kemas kini itu medapat perhatian pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Rata-rata juga turut memberi pelbagai reaksi dan dalam masa yang sama merasakan hubungan mereka sudah berakhir.

“Kenapa? Dah clash ke?,” tanya salah seorang pengikutnya.

“Hmm putuslah tu,” komen salah seorang netizen.

“Mesej ni macam dua-dua nak breakup. Mutual breakup. Rasa macam breakup for good reasons for both,” kata salah seorang warga maya.

Sementara itu menerusi InstaStory Ubai pula turut mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih cinta,” tulisnya.

Gempak sudah pun cuba menghubungi mereka berdua namun gagal.

Pasangan ini mula dikatakan bercinta selepas Shila dan Ubai dilihat sangat akrab dalam sosial media sebagai seorang rakan baik.

Bahkan pemenang ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan itu juga tertangkap ‘kantoi’ menyapa Ubai dengan panggilan ‘yang’ bermaksud ‘sayang’ semasa satu sesi siaran langsung TikTok bersama.

Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

#Putus Cinta #Shila Amzah #Ubai
;