Hiburan
“Terima Kasih Untuk Segala Kecaman, Kata-Kata Cacian” – Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani mengambil kecaman dan kritikan netizen sebagai cabaran untuk berjaya.
Menurut Ismail, dia menganggap perkara itu sebagai salah satu cabaran yang terpaksa diharungi oleh anak seni.
“Buat semua yang tak percayakan saya, terima kasih untuk segala kecaman, kata-kata cacian, kritikan, sejak daripada itu saya mendapat kekutan yang luar biasa.
“Dengan berkat kesabaran saya, saya dilamar untuk menjadi artis pertama bernaung di bawah label World Peace Entertainment.
“Alhamdulillah dengan kerjasama saya dan World Peace Entertainment, kami dapat keluarkan lagu pertama berjudul Sabar.
“Lagu ni berjaya mendapat 23 juta tontonan di YouTube, itu adalah satu benda yang saya tak sangka akan berlaku.
“Alhamdulillah dari penyanyi nasyid yang tak yakin dengan diri sendiri, berkat usaha saya dapat menempatkan diri dalam industry muzik tanah air,” katanya.
Ikuti perjalanan Ismail tentang bagaimana dari seorang penyanyi yang hanya menyanyi di sekolah, berani menjadi penyanyi jalanan tanpa bantuan serta pengetahuan keluarganya. Selain itu, dia juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam tempoh itu.
Kini Ismail merupakan salah seorang penyanyi yang menjadi kegemaran anak muda bermula dengan video YouTube yang pernah mencapai sebanyak 23 juta tontonan pada usia 19 tahun.
Selain Ismail, pelakon Syida Melvin juga berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya sebelum berjaya.
Saksikan juga kisah pemain futsal wanita negara, Intan Serah dalam episod terbaru Curhat pada 24 Oktober ini.
Episod penuh program terbaru berjudul Curhat ini boleh ditonton menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube.
Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.
Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.
Must-Watch Video