"Terima Kasih Untuk Snow White & Cinderella Kerana..." - Farah Asyikin Perjelas Hubungan Dengan Anak Tiri

Asraf Aided
November 10, 2018 08:29 MYT
Penyanyi Farah Asyikin berkongsi sekeping gambar yang diambil bersama keluarganya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen, Farah memperjelaskan tentang hubungannya bersama tiga orang anak tiri yang sering dipertikai oleh sesetengah netizen.
Menurut Farah, hubungannya bersama anak tiri tidak mempunyai masalah dan baik-baik sahaja, bukan seperti yang disangka oleh segelintir pihak.
"Ramai pengikut saya meminta gambar bersama anak tiri, sebenarnya saya pernah berkongsi gambar bersama mereka dahulu.
"Kalau 'scroll down' profil saya, anda akan jumpa gambar kami bersama.
"Terima kasih kepada Snow White dan Cinderella yang memberi impak kepada stigma masyarakat yang membenci ibu tiri.
"Saya sayang keluarga saya, saya sayang anak tiri dan menghormati privasi mereka," jelasnya.
Farah berasa kesal dengan stigma masyarakat yang dipengaruhi oleh cerita-cerita dongeng dan filem yang memaparkan hubugan buruk antara anak tiri dan ibu tiri.
Farah mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1999 dan pernah dikenali sebagai penyanyi lagu bergenre pop, R&B dan Pop Rock.
#Farah Asyikin