Penyanyi dan bintang program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Elyana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 semalam.

Perkara itu dikongsi Elyana menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini meluahkan rasa syukur untuk kehidupannya selama 32 tahun itu.

"5 Julai 1987 hari kelahiranku. Terima kasih ya Allah untuk 32 tahun ini.

"Abaikan muka serabai saya, jam 12 malam tengah baring-baring nak tidur kena surprise," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Elyana mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buatnya.

5 july 1987 Hari kelahiran ku.Terima kasih Ya Allah untuk 32 tahun ini. . Abaikan muka serabai saya.Jam 12 malam tengah baring2 nak tidur kena surprise.

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on


A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on


Sedikit info mengenai Elyana, penyanyi kelahiran Selangor ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2001 dan berjaya mempertahankan namanya sehingga kini.

Terdahulu, Elyana pernah mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap keempat selepas diumumkan tersingkir di konsert GV4.

Selepas penguguman itu dibuat, Elyana berasa lega kerana telah mendedahkan kondisi dirinya yang sebenar kepada umum.

BACA : Akui Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Buat Audiens GV 4 Terkejut!