Terima Kejutan Hari Lahir ke-33, Sari Yanti 'Geram' Dengan Jep Sepahtu

Kamaruddin Razal
November 10, 2017 10:33 MYT
Pelakon Sari Yanti meluahkan rasa 'geram' dengam suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang membuat kejutan bersempena hari lahirnya yang ke-33.
Aktres itu berkongsi momen kejutan tersebut menerusi beberapa sedutan video dan foto yang dimuat naik di Instagram Stories Sari, @sariyanti.
"Geram betul dengan budak belakang kakak tu. Orang dah baring nak tidur dia suruh buka pintu. Kata suruh ambil baranglah, apa lah. Dah lah sarung jubah tak gosok. Oh my malunya!," seloroh Sari.
Selain itu, Sari turut merakamkan ucapan terima kasih serta meluahkan rasa syukur kerana diraikan dengan kejutan.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Sari panjang umur dan murah rezeki serta berbahagia selalu di samping Jep.
Jangan lupa saksikan Jep bersama anggota Sepahtu yang lain dalam program Sepahtu Reunion Live yang bersiaran jam 10 malam ini di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124)!
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sariyanti
#Jep Sepahtu #Sari Yanti #Sepahtu Reunion Live