Hiburan
Terima Kekalahan, Kak Lina Titip Ucapan Tahniah Buat Uyaina Arshad, “Sebab Kalah Akak Order…”
Pelakon dan Pengacara, Elly Mazlein menerima kekalahannya dalam kategori Pengacara TV Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) dengan hati yang terbuka.
Lebih menarik Elly yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina menyambut kekalahannya dengan memesan menu masakan siakap tiga rasa dan memberikan ucapan tahniah kepada pengacara, Uyaina Arshad yang berjaya merangkul anugerah tersebut.
“Akak kalah dik, sebab akak kalah akak order siakap tiga rasa (sambil berseloroh).
“Tak mengapa dik, walau macam mana pun dik.. tepuk Malaysia. Tahniah untuk Uyaina,” katanya
Pada masa sama, Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi juga sempat memberi kata-kata semangat buat rakan-rakan selebriti yang hanya berjaya tercalon sebagai Top 5 dalam kategori itu untuk terus mencuba pada masa akan datang.
"Tahniah juga buat semua pengalah, walaupun kalah tak apa kita cuba tahun hadapan.
“Buat Izzue Islam, Anim Ezzati, Kak Engku, dan Elly Mazlein, kita cuba lagi tahun hadapan. Untuk Uyaina terus hasilkan karya yang hebat, tahniah sayang pengacara TV Popular ABPBH,” tambah Elly.
Menerusi tinjauan Gempak, ruangan komen media sosial pengacara Kilauan Emas itu dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada peminat.
Terdahulu, Elly Mazlein berjaya merangkul anugerah pertamanya iaitu dalam kategori Pengacara Popular ABP35 selepas hampir 20 tahun bergelar anak seni.
Untuk info, setiap pemenang membawa ABPBH36 akan pulang dengan kepingan emas seberat 18 gram dan trofi.
Membawa tema Teguh, ABPBH36 diinspirasikan CONBOO dihoskan oleh Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana.
Must-Watch Video