gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Minta Pelajar Praktikal Cukur Bulu Kemaluan, Pembantu Tadbir Didakwa Aibkan Wanita
HIBURAN
“Untuk Erika, Saya Sanggup” - DJ Bravy Sedia Temani Kekasih Bersalin Walau Bukan Anak Sendiri
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terima Komen ‘Nakal’ Netizen, Melissa Campbell & Suami Tak Ambil Peduli - “Dia Kata Biarlah Apa Netizen Nak Cakap”

Mya Amri
Mya Amri
15/04/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Terima Komen ‘Nakal’ Netizen, Melissa Campbell & Suami Tak Ambil Peduli - “Dia Kata Biarlah Apa Netizen Nak Cakap”
Pelakon, Melissa Campbell tidak tersinggung dengan komen nakal netizen mengenai pakaiannya yang dianggap seksi ketika menghadiri sebuah acara tayangan filem baru-baru ini.

Tak tersinggung

Sebaliknya Melissa menganggap komen-komen berbaur seksual sebagai lumrah ketika muncul di khalayak ramai.
“Saya perasan tentang komen-komen (berbaur lucah) itu, tapi saya tidak rasa tersinggung.
“Itu adalah sebahagian daripada apa yang akan kita hadapi bila kita tampil di hadapan umum. Saya okay sahaja, lagipun kadang-kadang saya ada balas dan bersembang dengan mereka di ruangan komen.
“Kadang-kadang dengan komen itu, kemudian bermulanya satu perbualan antara netizen. Saya ada rasa humor dan saya tidaklah terlalu sensitif,” ujarnya.
Melissa berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama First Wives yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Biarlah apa orang nak kata

Ditanya mengenai pandangan suaminya terhadap perkara itu, Melissa berkata suaminya tidak mengambil peduli terhadap komen-komen negatif netizen.

“Suami saya pun okay dengan komen-komen tersebut, dia kata biar lah apa netizen nak cakap. Sebab akhirnya apa yang penting adalah suami dan keluarga,” ujarnya.

Terdahulu, Melissa tampil ke sebuah acara tayangan perdana filem dengan mengenakan dress berwarna hijau tanpa lengan yang memperlihatkan sedikit belahan di bahagian dada.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Suami
#Melissa Campbell
#Komen Nakal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement