Terima Layanan Baik, Ebit Lew Santuni Paderi Di Gereja Sao Paolo Brazil Buat Netizen Terharu - “Tolong Tak Kira Agama”
Azwa Rahman
06/12/2021 07:46 MYT
06/12/2021 07:46 MYT
Pendakwah bebas ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharu apabila menerima layanan yang cukup baik daripada paderi-paderi Gereja Besar di Sao Paolo, Brazil.
Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi momen sewaktu pertemuannya bersama ketua rumah ibadat tersebut untuk tatapan umum.
“Terharu dapat layanan baik dari Paderi di Gereja Besar di Sao Paolo Brazil.. Berbual dan bertukar pendapat dalam program kemasyarakatan.
“Tadi saya ada program menyantuni homeless di depan Gereja. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Untuk info, Ebit bersama pasukannya berlepas ke Brazil pada Jumaat bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan menghulurkan bantuan.
Selain berkongsi pertemuannya dengan paderi, Ebit turut sama menghulurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan yang menetap di kawasan hadapan gereja.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terharu melihat jalinan baik terbentuk diantara dua wakil meskipun berbeza agama dan kepercayaan.
Tidak kurang juga ada yang menitipkan pesan agar Ebit sentiasa menjaga diri dan kesihatan memandangkan masyarakat di Brazil sudah tidak lagi memakai pelitup muka.
“Semoga Allah lindungi UEL dan krew dari fitnah dan kebaikan menjadi contoh tauladan buat sejagat. Allah jaga la Jihad UEL dari segala musibah dan marabahaya,” doa seorang wargamaya.
“Ustaz Ebit Lew.. Di mana saja beliau berada terpancar sinar keceriaan.. Tidak pernah putus asa demi meraih kasih sayang Allah. Semoga Allah pelihara dan permudahkan perjalanan ustaz.. Satu dalam sejuta,” komen seorang wargamaya.
“Seronok tengok dua agama berbeza ada kenampakkan kasih sayang sesama manusia,” ujar seorang wargamaya.
“Ustaz Ebit Lew ni paling aku respect. Bergaul dengan lain-lain agama. Tolong menolong tak kira agama. Selalu berkongsi pendapat. Hormat agama lain. Respect ustaz.. semoga ustaz murah rezeki dunia akhirat. God bless you,” luah seorang wargamaya.
“Puji Tuhan.. semoga Tuhan memberkati setiap perjuanganmu UEL.. Kita harus kekalkan toleransi sebegini walaupun berbeza agama,” tulis seorang wargamaya lagi.
Selain Brazil, antara beberapa negara luar yang pernah dijejaki oleh Ebit untuk menyebarkan kebaikan adalah Mesir, Gaza dan Afrika.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.