Viral

Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”

gempak
Asyikin Mayudin
12/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”
Selepas bercerai dengan usahawan Pizza Waghu, Jofliam, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Cik Epal mendedahkan dia menerima banyak ‘lamaran’ daripada lelaki untuk berkenalan.

Lelaki nak berkenalan

Menerusi Instastory, Cik Epal memberitahu dia menerima mesej lelaki yang menghantar gambar dan juga memaklumkan jumlah pendapatan yang diperolehi.

“Ada. Ada yang bagi gambar. Ada yang bagitahu gaji berapa,” kongsi Cik Epal.

Pada perkongsian yang sama juga, Cik Epal turut mendedahkan terdapat wanita yang mahu menjadikannya sebagai madu namun dia memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Jadi madu

“Masalahnya perempuan yang nak jadikan aku madu dia pun ada. Tapi maaf, aku tak nak bermadu. Tak nak rasa diduakan tu,” katanya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.
Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam.

ARTIKEL BERKAITAN:“10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

ARTIKEL BERKAITAN:EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam

ARTIKEL BERKAITAN:EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024