Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Terima Nasib Sama Macam Tahun Lepas.. Ismail Izzani Raya Seorang Diri, Rindu Nak Balik Kampung Johor

Zulaikha Yusof
14/05/2021 03:05 MYT
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, rata-rata umat Islam terpaksa melupakan hasrat untuk beraya di kampung halaman dan juga menziarahi keluarga.

Penyanyi dan pelakon Ismail Izzani, 21, antara yang termasuk apabila terpaksa beraya berseorangan walaupun ahli keluarganya tinggal di Kuala Lumpur.

"Tiada apa yang dapat ku kongsi pada raya tahun ini. Mama dan keluarga yang tercinta.. Zani minta maaf tak dapat balik rumah untuk raya tahun ini. 

"Mungkin ada hikmah di sebalik MCO 3.0. Penat nak fikir yang bukan-bukan, kita fikir yang baik saja," tulisnya di Instagram (IG).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @ismailizzani_


Ketika ditemui Gempak sebelum PKP, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri akui berasa rindu untuk pulang meraikan Syawal di kampung di Pontian, Johor.

"Saya beraya di KL sahajalah sebab tak boleh nak balik Pontian, Johor. Sejujurnya memang rindu sangat nak beraya di kampung.

"Teringat kenangan main mercun dan buat persediaan sebelum sambut raya bersama saudara mara dan sepupu. Itulah perkara yang saya rindukan," katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Demi Kita menyatakan setiap kali Hari Raya Aidilfitri tiba, juadah rendang dengan lemang goreng akan menjadi pilihan dirinya.

"Saya suka makan rendang dengan lemang goreng.. Lemang ni istimewa sebab ramai orang tak pernah makan, dia rangup di luar tapi lembut di dalam. Ini memang menu utama yang mama akan buat.

"Persediaan raya lain biasa-biasa sahaja, pakai baju yang ada sahaja sebab keluarga pun tak dapat berkumpul semua.

"Jadi sambutan biasa-biasa sahaja, ibu pun sedang sibuk uruskan mengenai majlis perkahwinan kakak yang dijangka akan berlangsung tahun ini," katanya lagi.

#Ismail Izzani #Johor #Kampung #Hari Raya Aidilfitri