Terima Soalan Populariti Turun Selepas Kahwin, Mira Filzah Akui Seronok Luang Masa Dengan Suami - "Saya Akan Terus Berlakon Bergantung Pada Kesesuian Masa"
Zulaikha Yusof
18/06/2021 08:45 MYT
18/06/2021 08:45 MYT
Pelakon dan pengacara Mira Filzah lebih selesa menyerahkan kepada peminat untuk menilai populariti seorang selebriti.
Menerusi Ask Me Question, Mira menerima soalan daripada seorang pengguna Instagram yang bertanyakan sama ada dia sudah menjangka popularitinya akan menurun selepas berkahwin.
"Adakah anda menjangkakan populariti anda akan menurun setelah berkahwin?" tanya individu yang tidak diketahui identiti.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, berkata dia sudah bekerja keras sejak tahun 2016 sehingga 2019.
Selepas bergelar isteri, dia membuat keputusan untuk tidak terlampau sibuk supaya dapat meluangkan masa dengan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 31, dan keluarga.
"Bergantung pada korang nak menilai bagaimana dari sudut populariti itu. Saya rasa saya dah push kuat sangat sejak tahun 2016 sampai 2019. Kerja, kerja dan kerja. Penggambaran back to back. Tak henti.
"Bila dah kahwin ni, saya sendiri rasa saya patut susun jadual dengan lebih baik agar ada ruang dan masa untuk suami dan keluarga.
"Saya harus mengehadkan diri dari penggambaran dan saya gembira melakukannya. Saya gembira ada masa bersama suami. Insya-Allah kalau nanti ada rezeki, ada baby.. lagi lah," tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu menyatakan dia masih meneruskan karier lakonan cuma akan mengikut kesesuaian masa.
"Pada penghujung hari, anda membuat keputusan. Apa keutamaan anda dan apa yang anda mahukan dalam hidup anda.
"Nak kata sudah puas berlakon, tidak la. Banyak lagi saya nak cuba. Insya-Allah saya akan terus berlakon bergantung pada kesesuian masa," tulisnya lagi.
Terdahulu, Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd. Yazid bernikah pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan.