Skip to main content

Viral

Terima Sumbangan RM50,000 Untuk Mangsa Banjir, Nana Mahazan Sebak

sekadar-gambar-hiasan-2022-12-28t150423-231.png

Tak sangka, kehadiran Nana sebagai 'pelajar' dikejutkan dengan pemberian sumbangan bagi mangsa banjir berjumlah RM50,000 daripada RichWorks, semalam.

Menurut selebriti usahawan yang merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) itu, beliau sangat gembira bila mana dapat menjadi 'penghubung' bagi menyumbang kepada lebih ramai orang memerlukan.

Katanya, wang itu hasil sumbangan daripada RichWorks bersama usahawan-usahawan jutawan yang dibimbing melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan  iaitu memberi kembali kepada komuniti.

"Pada akhirnya, fokus (usahawan) untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang. Nak jadi 'kaya' sebab dapat menyumbang lebih banyak," katanya.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement