Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyambut hari ulang tahun keputeraannya yang ke-36 pada Rabu dan menerima ucapan khas daripada tiga bintang bola sepak dunia.

Menerusi laman sosial Instagram, TMJ mengulang siar ucapan yang diperolehi daripada bintang Juventus Cristiano Ronaldo, pemain handalan Brazil Neymar dan lagenda bola sepak David Beckham.

“Selamat hari lahir sahabat,” tulis Ronaldo menerusi ruangan komen di sebuah entri terbaru TMJ.



“TMJ, prince of Johor, selamat hari lahir dan selamat berjaya dan semoga dirahmati Tuham,” ucap Neymar menerusi sebuah video.

“Hello big boss, selamat hari lahir dan harap hari anda terbaik. Tak sabar untuk bertemu dengan anda tidak lama lagi,” ujar Beckham pula.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya yang teruja melihat ucapan daripada bintang Jeventus tersebut sehingga mendapat hampir 12,000 tanda suka.

Selain bintang bola sepak, ramai yang turut sama memberikan ucapan kepada pemilik kelab Harimau Selatan itu.

“Power, happy birthday Tuanku,” tulis Raf Yaakob.

“Pergh, Cantona,” usik Jep Sepahtu.

“Mantap Tuanku, selamat ulang tahun keputeraan,” ujar seorang wargamaya.

“Selamat ulang tahun Tuanku, semoga Allah sentiasa melindungi,” kata seorang wargamaya lagi.

Selain tiga pemain bola popular ini, TMJ turut menerima ucapan daripada bintang handalan Luis Figo, Lukas Podolski dan Safawi Rashid.