Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Terima Video Ucapan Dari The Rock, Reaksi Nenek Berusia 100 Tahun Ini Sangat...Priceless!

Hanafis Haris
10/10/2019 09:26 MYT
Gelagat seorang nenek berusia 100 tahun yang kelihatan begitu ceria selepas menerima video ucapan hari jadi daripada Dwayne Johnson atau The Rock mencuri tumpuan netizen.

Difahamkan, video tersebut diterima selepas cucu kepada Marie Grover iaitu Jamie meminta The Rock untuk memberi sedikit ucapan menerusi Twitter.

Tidak disangka, permintaan itu direalisasikan apabila The Rock mengirim satu video pendek.

"Selamat hari jadi Marie Grover, saya amat bertuah untuk memberikan ucapan ini.

“Tahniah atas umur anda yang ke 100 tahun," katanya.

Reaksi Marie yang kelihatan begitu gembira kemudian dirakam oleh Jamie sekali gus mencuit hati netizen.

Anda boleh lihat reaksi berkenaan di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Difahamkan juga Marie telah dijemput oleh program televisyen popular Access Hollywood berhubung penularan video berkenaan.

Makin popular nampaknya!
#Viral #Viral #Nenek #The Rock
;