,
Gaya Hidup

Terima Video Ucapan Dari The Rock, Reaksi Nenek Berusia 100 Tahun Ini Sangat...Priceless!

Hanafis Haris
10/10/2019
09:26 MYT
Gelagat seorang nenek berusia 100 tahun yang kelihatan begitu ceria selepas menerima video ucapan hari jadi daripada Dwayne Johnson atau The Rock mencuri tumpuan netizen.
Difahamkan, video tersebut diterima selepas cucu kepada Marie Grover iaitu Jamie meminta The Rock untuk memberi sedikit ucapan menerusi Twitter.
Tidak disangka, permintaan itu direalisasikan apabila The Rock mengirim satu video pendek.
"Selamat hari jadi Marie Grover, saya amat bertuah untuk memberikan ucapan ini.
“Tahniah atas umur anda yang ke 100 tahun," katanya.
Reaksi Marie yang kelihatan begitu gembira kemudian dirakam oleh Jamie sekali gus mencuit hati netizen.
Anda boleh lihat reaksi berkenaan di bawah. Difahamkan juga Marie telah dijemput oleh program televisyen popular Access Hollywood berhubung penularan video berkenaan.
Makin popular nampaknya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Mayat Wanita Hilang Ditemui Dalam Perut Jerung

gempak
10/10/2024
15:20 MYT
Seorang nelayan berdepan detik mengerikan apabila menemui mayat seorang pelancong yang hilang bulan lalu di dalam perut seekor jerung yang ditangkap di Timor Timur, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Viral

Tragedi UiTM Dungun: Wanita Disyaki Langgar Pelajar Direman 4 Hari

gempak
10/10/2024
14:25 MYT
Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Viral

"Siapa Nak Bagi Kan?" - Pelajar SPM Pusat Tuisyen PTTI Terkejut Menang Hadiah Kereta Harga RM40,000

gempak
10/10/2024
08:30 MYT
Pelajar tingkatan lima Nur Iman Athirah Roseman menjadi peserta paling bertuah apabila berjaya memenangi kereta Axia bernilai RM40,000 sempena Peraduan PTTI Better Results.
Berita

Bunuh Altantuya: Hukuman Mati Azilah Diganti Penjara 40 Tahun, 12 Sebatan

gempak
10/10/2024
08:00 MYT
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang membunuh seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, menggantikannya kepada hukuman penjara selama 40 tahun.
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
BorakSeeni