Anggota kumpulan 4U2C, One II atau nama sebenarnya Nirwan Irwan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital hari ini.

Berita itu disahkan sendiri oleh penyanyi dan pengacara Datuk AC Mizal menerusi akaun Instagram miliknya.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 47, berkata dia amat sedih dengan pemergian sahabatnya itu namun reda kerana Tuhan lebih menyayangi One II.

“Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya ahli kumpulan 4U2C baru saja meninggal dunia. Sedih teramat aku bro dengan pemergian kau.

“Teringat aku zaman kita dulu 4U2C. Allah lebih menyayangi, semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

“Saya mohon pada semua sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Tenanglah kau di sana. Saya sayang awak kawan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya ketika menziarahi Allahyarham di hospital.

Bagaimanapun AC itu tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai punca kematian arwah.

Allahyarham menyertai kumpulan rap popular era 90-an itu selepas perpecahan anggota asal dan sempat merakamkan album berjudul Kembalilah Fiona.

Selain AC Mizal, kumpulan 4U2C dianggotai ahli asal iaitu Azam, Lan, Yan, Joe, Rin dan Adik.

Salam semua , baru dapat berita bahawa sahabat saya , ahli kump saya 4U2C baru jer meninggal dunia, sedih teramat aku bro , dgn pemergian kau, teringat aku zaman kita dulu 4u2C....allah lebih menyayangi kau semuga kau di tempatkan bersama2 org yg beriman, saya mohon pada semua sama2 la kita Sedekahkan Alfatihah buat Arwah , tenangla kau disana One2 ( NIRWAN IRWAN) .. love u buddiess ??? إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

A post shared by ✌️OfficiallyDAC DER™️ (@emyliadac) on