ZAYAN, jenama radio Muslim kontemporari mempelawa rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan ‘ZAYAN Nasyid Star’ bermula 16 Ogos menerusi laman rasmi ZAYAN dan di aplikasi SYOK.
Pemenang ‘ZAYAN Nasyid Star’ berpeluang merakam lagu yang dipilih sebagai juara, dibawah label Rocketfuel dan dimainkan di udara melalui ZAYAN.
Kata Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry, ZAYAN bukan hanya berperanan sebagai jenama radio tapi turut sama berfungsi mengembangkan industri muzik nasyid tempatan.
"Peranan ZAYAN merangkumi sebuah jenama radio yang mengetengahkan alunan muzik nasyid dan juga muzik berkonsep kerohanian.
"Melalui ‘ZAYAN Nasyid Star’, ZAYAN berharap membangkitkan lagi industri muzik nasyid tempatan dan membuka peluang agar lebih banyak karya-karya nasyid dapat diberi pengiktirafan.
"Kami menjemput semua yang berkebolehan untuk berkongsi karya-karya mereka bersama ZAYAN," ujarnya.
Penyertaan ‘ZAYAN Nasyid Star’ dibuka kepada semua peminat termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik dan pemuzik tempatan untuk merakam dan menghantar video nyanyian lagu nasyid baharu atau yang sudah tersedia ada.
Pertandingan ini juga berikutan penerimaan penghargaan ZAYAN sebagai ‘Sahabat Nasyid Malaysia’ pada hujung tahun 2020, gelaran yang diberi dari pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Usahawan Nasyid (Munsyid) Malaysia di atas sokongan ZAYAN dalam mengembangkan industri nasyid tempatan melalui pelbagai pendekatan serta program-program ilmiah.
Antaranya ZAYAN Nasyid Top 11, pilihan lagu nasyid berdasarkan undian peminat dan His-Story Nasyid Malaysia, kisah perjalanan industri nasyid tempatan bersama penyanyi dan kumpulan nasyid terkenal seperti Yasin Sulaiman, Raihan, In Team, Hijjaz dan Mestica.
Selain itu, ZAYAN Nasyid Review juga membolehkan pendengar mengikuti audio podcast bersama Munsyid Malaysia dan berbicara mengenai topik muzik nasyid.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai ‘ZAYAN Nasyid Star’ di laman-laman rasmi ZAYAN.
Amri Hassan
Fri Aug 13 2021


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!