Teringin Ke Legoland, Kisah Adik Adam Yang Menderita Penyakit Jantung Terbalik Tarik Perhatian TMJ - “Bayar Semua Sekali Keperluan Anak Ini. Saya Tanggung.”
Izwan Isa
18/12/2021 05:50 MYT
18/12/2021 05:50 MYT
Baru-baru ini, media melaporkan tentang seorang kanak-kanak bernama Mohd Adam Amsyar yang berusia sembilan tahun menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia yang teringin ke Legoland sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menurut Adam, dia ada memberitahu ayahnya iaitu Abd Rahman Ahmad tentang keinginannya untuk ke taman tema popular berkenaan. Menurut Adam, ayahnya berhanji untuk bekerja lebih gigih demi mencari wang untuk membawanya ke sana.
Namun, tambah kanak-kanak itu, sekiranya tidak berkesempatan ke Legoland pun tidak mengapa, asalkan ayahnya sentiasa bersama di sisinya.
Laporan menyayat hati tersebut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
Menerusi ciapan di laman Twitter, TMJ berkongsi perancangannya mengaturkan pertemuaan dengan Adam selain ingin menanggung segala keperluan Adam.
“Alhamdulillah. Jumpa nanti adik Adam. Salam,” tulisnya ringkas.
Meninjau ruangan komen, rata-rata memberi respons positif terhadap perancangan yang dibuat oleh TMJ untuk bertemu Adam.
“Alhamdulilah… Dapat berita TMJ perkenan hasrat adik Adam… Pasti emosi adik Adam berubah.. Bersyukur, happy dan teruja. Kita jadikan tindakan-tindakan keprihatinan TMJ contoh dalam amalan kehidupan kita,” ujar seorang netizen.
“Setiap kebaikan, moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran. Semoga dikurniakan syurga tertinggi asbab kebaikan yang dihulur,” tulis seorang lagi netizen.
Untuk rekod, Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang sangat jarang berlaku. Hal ini berlaku apabila injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.
Difahamkan, bukan sahaja kecacatan jantung tersebut amat jarang berlaku malah hanya tiga pesakit sahaja termasuk anak Adam dikesan menderita penyakit berkenaan di negara ini.
Sumber: Astro Awani