Hiburan

Teringin Makan Durian Time PKP? Now Dah Boleh Hantar Terus Depan Rumah! Tetapi Hanya Di...

gempak
Hanafis Haris
17/04/2020
08:05 MYT
Sponsor Banner
Teringin Makan Durian Time PKP? Now Dah Boleh Hantar Terus Depan Rumah! Tetapi Hanya Di...
Berita baik buat penggemar durian yang teringin menikmati buah berkenaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini kerana penjual durian di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan penghantaran buah tersebut hingga ke pintu rumah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin, perkhidmatan tersebut membolehkan peminat raja buah itu untuk menikmati buah tersebut tanpa perlu keluar daripada rumah ketika tempoh PKP.
"Kebiasaannya ketika musim durian, ramai yang akan ke Balik Pulau dan Seberang Perai untuk menikmati buah durian Pulau Pinang yang amat terkenal.
"Ia juga telah membawa ramai pelancong ke Pulau Pinang, kerana ia salah satu daripada keistimewaan kami," katanya.
Jelas Yeoh. dia juga menggalakkan penjual durian yang masih belum menyediakan perkhidmatan tersebut untuk mempromosikan durian mereka menerusi akaun media sosial dan menyediakan perkhidmatan penghantaran durian untuk pelanggan mereka.
"Menerusi media sosial selaku platform promosi, orang ramai boleh menyokong mereka ketika waktu PKP tanpa perlu mereka keluar rumah," katanya.
Sumber : Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live