Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Teringin Nak Bercuti Di Qatar? Cubalah Join KEPCI FC Contest Ni! Mudah Je, Mana Tahu Rezeki

Mya Amri
21/11/2022 08:00 MYT
Sebut sahaja mengenai ayam goreng ranggup, secara automatik pasti teringatkan tentang kelazatan KFC.

Perasan tak KFC selalu hadir dengan pelbagai tawaran menarik yang confirm buat anda tidak menyesal.

Kali ini KFC nak beri peluang kepada anda untuk menikmati percutian idaman di Qatar guys! Menarik kan?

Ha sudah alang-alang anda penggemar KFC, apa kata cuba join peraduan KEPCI FC ni, mana tahu ada rezeki.

Macam mana nak join?


Jangan bimbang, untuk menyertai peraduan ini mudah sahaja.

1. Anda hanya perlu beli mana-mana kombo KEPCI FC A atau B dalam satu resit untuk menyertai peraduan percutian ke Qatar. (termasuk dine-in, take-away, Kiosk, Imbas & Pesan, KFC App Delivery dan/atau KFC App Self-Collect)

2. Hantar penyertaan bermula dari 4 Nov - 30 Nov 2022 dengan:

#Mengimbas QR kod pada poster peraduan di mana-mana outlet atau, WhatsApp ke 019-388 6733

3. Setiap penyertaan anda perlulah disertakan dengan:

#Gambar resit, nama penuh, nombor IC, nombor telefon dan email
#Jawab soalan “Kongsikan pengalaman terindah KFC anda” (tidak melebihi 30 patah perkataan)

*Penyertaan akan dinilai dan pemenang diumumkan setiap minggu bermula dari 4 Nov - 30 Nov 2022*

Hadiah yang ditawarkan


Bila ada peraduan, sudah pasti ramai yang nak tahu tentang hadiah yang ditawarkan kan? Okay jom kami kongsikan hadiahnya adalah seperti berikut:

#Hadiah utama x 2 pemenang (bagi pusingan paling tergempar): Percutian ke Qatar* untuk dua orang ditanggung sepenuhnya

#Hadiah kedua x 2 pemenang (bagi pusingan mendebarkan): Percutian ke Qatar* untuk dua orang ditanggung sepenuhnya

#Hadiah tempat ketiga x 5 pemenang: iPhone 14 Pro Max 256GB

#Hadiah tempat keempat x 10 pemenang: 55” 4K Smart TV

Hadiah saguhati x 200 pemenang: RM200 Baucar KFC

Senang je kan? Apa tunggu lagi jom beli KFC dan serta peraduan KEPCI FC.

Untuk maklumat lanjut layari: https://kfc.com.my/kepcifc
#Advertorial #KFC #Qatar #Kepci #Qatar 2022 #Kontest
;