Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Teringin Nak Cari Orang Yang Ada Kampung” - Netizen Teruja Kemeriahan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Azwa Rahman
01/06/2021 03:51 MYT
Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa bermula 27 Mei ini.

Selepas kejayaan meraih hampir RM5 juta di Astro First menerusi 18 Puasa di Kampong Pisang, penonton dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem muzikal ini.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna teringin merasa kemeriahan beraya di kampung memandangkan tahun ini semua rakyat menyambut Syawal dalam suasana PKP.

“Tengok movie Kampong Pisang Musikal ni kan, teringin betul nak cari orang yang ada kampung, yang ada rumah kayu, yang ada halaman besar..bila malam raya, pasang pelitaaaa.

“Siapa yang ada member ada kampung yang saya cakap tu tolong recommend sikit kat saya,” tulisnya menerusi satu ciapan.

Filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
#mamat khalid #Pak Jabit #Barkoba #Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa