Teringin Nak Jadi Seperti Neelofa & Fattah Amin? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini!

Kamaruddin Razal
Mac 20, 2017 12:01 MYT
Mahu beraksi seperti Fattah Amin dan Neelofa dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot? Teringin nak jadi pelakon seperti Siti Elizad dalam drama bersiri Papa Ricky atau Kamal Adli dalam drama bersiri Black Belt Kaler Pink?
Bersempena dengan Karnival Throwbaek Drama (#KarnivalThrowbaekDrama) yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mac ini di NU Sentral, Astro membuka peluang untuk anda menyerlahkan bakat sebagai seorang pelakon!
Menerusi Pencarian Wajah Baru Drama yang akan diadakan bersempena #KarnivalThrowbaekDrama, anda mungkin berpeluang mengasah bakat dan kreativiti untuk menjadi wajah baru yang menghiasi drama-drama Astro.
Ikuti tiga langkah mudah ini untuk beraksi cemerlang dalam sesi uji bakat Pencarian Wajah Baru Drama:
Penuhi Syarat
Pastikan anda berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun dan mempunyai perwatakan menarik. Pendaftaran dibuka setiap hari (23 dan 24 Mac) bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan jangan lupa untuk membawa salinan kad pengenalan atau pasport berserta dengan gambar berukuran 4R (gambar full body tau, bukan gambar selfie!). Jangan risau nak berlakon apa dan bagaimana sebab skrip akan disediakan! Pendaftaran untuk 100 orang terawal sahaja!
Serlahkan Bakat
Tonjolkan segala bakat lakonan yang ada! Pastikan lontaran suara atau dialog serta impak lakonan diberikan secara maksimum ketika sesi uji bakat agar menepati citarasa panel juri. Antara panel juri yang bakal menilai bakat lakonan anda adalah pengarah tersohor Rashid Sibir, Dira Abu Zahar, Osman Ali dan Eyra Rahman.
Pamerkan Keyakinan
Menjadi satu kerugian jika anda mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan tetapi tidak mempunyai keyakinan untuk mengekspresikan perkara tersebut. Ambil nafas dan tenangkan diri sebelum sesi uji bakat bermula agar anda berjaya mempamerkan keyakinan dalam bakat lakonan yang anda ada!
Jadi, kepada anda yang mempunyai bakat terpendam, jangan lupa untuk sertai sesi uji bakat Pencarian Wajah Baru Drama bersempena #KarnivalThrowbaekDrama! Pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama. Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Lofattah #Karnival Throwbaek Drama #Malam Throwbaek Drama