Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
Mya Amri
28/04/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Sebut sahaja mengenai melancong, sudah pasti antara salah satu musim popular yang menjadi kegemaran ramai adalah musim sejuk.
Antara destinasi terbaik untuk percutian musim sejuk ialah Melbourne, Australia.
Dengan keindahan panorama yang menakjubkan dan pelbagai aktiviti menarik untuk ditawarkan maka tidak hairanlah Melbourne menjadi salah satu destinasi popular.
Di sini, kami kongsikan beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Melbourne:
1. Pengalaman Bermusim
Ayuh, pengembaraan Cool Escape ke rantau Alpine tidak akan lengkap tanpa bermain ski, papan salji, kasut salji, permainan salji dan banyak lagi aktiviti yang dapat anda lakukan di Melbourne.
Ulang tahun kelahiran raja pada awal Jun dan perayaan hujung minggu menandakan permulaan musim salji.
Untuk menikmati percutian hebat di negara bersalji ini, Victoria's Snowfields menawarkan tiga padang salji yang pasti memberikan pengalaman terbaik iaitu Mt Buller, Falls Creek dan Mt Hotham.
Padang salji yang paling mudah diakses ialah Mt Buller, 3 jam jauhnya sesuai untuk keluarga, beginner dan pemain ski yang bersemangat.
Oh! Kalau nak tahu, keindahan Mt Buller ni pernah dipaparkan menerusi program Projek Bapak Bapak tau! Love kan.
Selain itu, anda juga boleh enjoy dan rilek sambil dengan melakukan aktiviti Whale Watching di mana anda sendiri dapat melihat penghijrahan tahunan ikan paus di antara bulan Mei-Oktober di Philip Island dan juga berpeluang untuk melihat penghijrahan di Warrnambool di sepanjang Great Ocean Road.

Untuk maklumat lanjut layari: https://www.visitmelbourne.com/regions/phillip-island/see-and-do/nature-and-wildlife/whale-watching

2. Winter Events/Festivals
#RISING – 1 hingga 16 Jun
Rasai sendiri barisan festival percuma terbaik di Melbourne dan perayaan kebudayaan di RISING.
RISING ialah festival utama Melbourne yang membawa pemandangan seni dan budaya eklektik bandar ini sehingga terkenal di dunia.
Antara aktiviti menarik di festival ini adalah anda dapat melihat sendiri technicolor dalam pemasangan berskala besar, unjuran luar, jamuan jalanan dan persembahan yang tidak dijangka.
Tidak ketinggalan juga terdapat persembahan muzik dan teater canggih daripada bakat tempatan dan antarabangsa bersama dengan pengalaman mengasyikkan yang terletak di tempat ikonik Melbourne.
Anda juga dapat menikmati muzik, makanan sedap, persembahan seni dan budaya di bawah cahaya bulan tau. Bestnya!
#WinterMasterpieces @ NGV St Kilda – bermula dari 16 Jun
NGV akan bekerjasama dengan Muzium British untuk mempersembahkan sebuah pameran berjudul Pharaoh (Firaun) sempena meraikan tiga ribu tahun seni dan budaya Mesir purba.
Melalui lebih 500 karya, termasuk arca monumental, seni bina, patung kuil, barang kemas indah, papirus, keranda dan pelbagai jenis objek pengebumian, pameran itu akan membongkar fenomena firaun, raja-raja yang berkuasa penuh yang mendakwa asal usul ilahi.
#WinterWonderlights @ Sovereign Hill - 27 Jun hingga 20 Jul
Christmas comes early in Ballarat! Jangan ketinggalan untuk melihat cahaya berkelip-kelip, pasar dan juga hiburan mesra keluarga di Winter Wonderlights, keindahan bunyi, cahaya lampu yang cantik dan juga teater.
Kesemuanya dihidupkan dalam pertunjukan cahaya yang mempesonakan, terhampar di seluruh bangunan muzium yang terbuka.
#HotChocolateFestival
Satu-satunya Festival Coklat Panas Australia pada bulan Ogos yang diadakan di Great Ocean Road, Yarra Valley serta Mornington Peninsula Chocolaterie and Ice Creamery.
Berlangsung selama 31 hari dengan 31 perisa coklat panas untuk dipilih, pastinya syurga buat penggemar coklat.

Untuk maklumat lanjut layari: https://www.yvci.com.au/hot-chocolate-festival/

Jadi apa tunggu lagi, anda dah boleh mula intai intai dekat Klook ya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live