Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Teringin Serunding Ibu Dalam Tempoh PKP, Mampukan Shaheizy Sam Tunai Permintaan Syatilla Melvin?

Azwa Rahman 22/05/2020 | 12:17 MYT
Produksi Gempak dengan kerjasama Astro Shaw telah menampilkan sebuah filem pendek Aidilfiri berjudul Gerakan Serunding yang diterajui pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.
Apa yang menariknya filem pendek raya kali ini, proses penggambaran yang berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melibatkan panggilan video semata-mata.
Menurut penulis asal dan pengarah filem pendek ini Ezrie Gazali, segala aktiviti penggambaran untuk semua produksi terpaksa dihentikan kerana PKP, lalu mengambil inisiatif dan idea baharu dengan meminta sendiri pelakon untuk menjadi krew penggambaran.
“Kami menghantar props dan peralatan penggambaran ke rumah Sam dan Tilla seperti kamera, lampu serta pengadun bunyi dan suara untuk digunakan dalam proses penggambaran.
“Segala arahan dan proses penggambaran hanya dilakukan dengan menggunakan panggilan video dari pengarah dan pengarah fotografi. Berkat pengalaman kedua-dua pelakon ini, semua babak dapat dilakukan dengan baik dan mengikut jadual yang ditetapkan.” ujar Ezrie.
Bertemakan kasih sayang, Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin melakukan penggambaran di rumah, namun bagi memastikan jalan cerita dapat diterjemahkan dengan baik ke bentuk visual, pengarah telah memainkan peranannya dengan memberi arahan dan memantau secara langsung menerusi panggilan video.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, filem pendek Gerakan Serunding ini merupakan salah satu kandungan raya oleh Gempak untuk tontonan di hari lebaran.
“Apa yang menarik ia turut menjadi penanda aras baru dalam pembikinan filem sewaktu Malaysia dilanda krisis apabila kami melakukan aktiviti penggambaran secara berasingan.
“Filem pendek akan menjadi sejarah dalam hidup seluruh rakyat Malaysia kerana kita semua meraikan lebaran dalam keadaan mengamalkan penjarakkan sosial dan tidak digalakkan mengunjungi rumah keluarga yang merentasi negeri.
“Gerakan Serunding menggambarkan keadaan situasi sekarang. Kami merasakan pada saat kita beraya dan berpuasa dalam keadaan terasing dan terpisah ini, ada manisnya jika kita bersikap positif,” jelas Raja Jastina lagi.
Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, siti teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding. Dalam usaha untuk memujuk isterinya, Ali cuba untuk meniru juadah tersebut tetapi gagal dan membuatkan isterinya bertambah sedih.
Dalam kesulitan, Ali dapat idea di luar normal baharu demi mendapatkan serunding untuk membahagiakan isterinya. Apakah caranya dan adakah Ali akan berjaya?
Saksikan filem pendek berdurasi 6 minit, Gerakan Serunding kini di laman portal Astro Gempak mulai 21 Mei.
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Gerakan Serunding
;