Hiburan
Teringin Tutup Aurat Dengan Sempurna, Malia Baby Sentiasa Kuatkan Diri Untuk Istiqamah - “Tipulah Kalau Cakap Kita…”
Pempengaruh media sosial dan pelakon baharu yang dikenali sebagai Malia Baby menyimpan impian untuk menjadi seorang wanita yang istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
Tutup aurat
Mengakui ia bukan satu perkara yang mudah, Malia bagaimanapun berkata keinginan untuk kesempurnaan itu sentiasa ada dalam hatinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Malia Baby Syukur Kempen #JomPakaiTudung Terima Sambutan Baik - “Saya Rasa Sedih Bila…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Inai Merah Macam Pengantin, Netizen Sedih Ingatkan Malia Baby Kahwin - “Sebenarnya Saya Hanya…”
“Tipulah kalau hati ni tak meronta-ronta nak jadi wanita yang istiqamah. Tipulah kalau cakap kita tak teringin syurga tu walaupun tahu kita ni jauh dari layak.
“Tipulah kalau hati ni tak teringin nak berpakaian labuh, kadang teringin nak tutup semua. Biar nampak mata saja tapi susah. Hari ini hati mahu yang itu esok nak yang lain pula.
“Nak menjerit ‘Ya Allah aku cintakan agama ini, berikan aku kekuatan istiqamah ya Allah’ tapi tahu Allah juga tahu hati kita mahu yang itu,” kongsinya.
Sentiasa berdoa
Pada perkongsian yang sama, Malia menyedari dirinya belum layak untuk mendapat gelaran ‘wanita syurga’ namun sentiasa berdoa untuk semua orang istiqamah dalam perjalanan menjadi muslimah lebih baik.
“Cuma mungkin tak cukup berusaha. Kita semua nak title ‘wanita syurga’ tu tapi siapalah kita ni. hanya perempuan-perempuan akhir zaman yang struggle nak pakai handsock.
“Semua perempuan kalau boleh nak jadi Siti Khadijah apalagi Maryam. Tapi kita cuma she she (wanita) yang lemah dan lalai. Semoga perjalanan ke syurga tu Allah mudahkan buat kita semua.
“Semoga menjaga hati kita sendiri bukanlah perkara yang susah. Semoga Allah senangkan untuk kita berbaik sangka dan seronokkan perjalanan istiqamah kita di dunia.
“Saya sentiasa doakan kita semua. Kita kena buktikan kita juga boleh jadi macam wanita-wanita yang tertulis dalam Al-Quran. Amin,” ujarnya.
@maliababy__ tipulah kalau hati ni tak meronta ronta nak jadi wanita yang istiqomah. tipulah kalau cakap kita tak teringin syurga tu walaupun tahu kita ni jauh dari layak. tipulah kalau hati ni tak teringin nak berpakaian labuh, kadang teringin nak tutup semua. biar nampak mata saja tapi susah. harini hati mau yang itu esok nak yang lain pula. nak menjerit “ Ya Allah aku cintakan agama ini, berikan aku kekuatan istiqomah ya Allah” tapi tahu Allah juga tahu hati kita mahu yang itu. cuma mungkin tak cukup berusaha. kita semua nak title “wanita syurga” tu tapi siapalah kita ni. hanya perempuan2 akhir zaman yang struggle nak pakai handsock hahaha. semua perempuan kalau boleh nak jadi Siti Khadijah apalagi Maryam. tapi kita cuma she she yang lemah dan lalai. semoga perjalanan ke syurga tu Allah mudahkan buat kita semua. semoga menjaga hati kita sendiri bukanlah perkara yang susah. semoga Allah senangkan untuk kita berbaik sangka dan seronokkan perjalanan istiqomah kita di dunia. I sentiasa doakan kita semua. kita kena buktikan kita juga boleh jadi macam wanita wanita yang tertulis dalam Al Quran. ameen♥️♬ original sound - bucs
Must-Watch Video