HIBURAN

Terinspirasi Dari Siti Nurhaliza, Noraniza Idris Usaha Turunkan Berat Badan - “Saya Pun Nak…”

Asyraf Roslan 23/06/2025 | 00:55 MYT
Penyanyi, Noraniza Idris akui terinspirasi untuk menurunkan berat badan selepas melihat perubahan fizikal Bidunita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bagi membantu proses penurunan berat badan, Noraniza berkongsi telah mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dan dia diberikan suntikan Ozempic.
“Saya tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza kurus jadi saya pun nak kurus juga. Sebab kita pun faktor usia jadi macam-macam penyakit boleh ada jadi sebaiknya kita diet. Tujuan saya nak kurus pun sebab kesihatan.
“Saya dah hampir obesiti tahap dua,hari tu pun ada rakan-rakan media tegur minta saya turunkan berat badan, saya agak takut bila orang tegur sebab suami saya pun tak pernah tegur.
“Saya pernah capai berat 85 Kg, jadi saya rasa sakit kaki apa semua jadi bila saya dah dapatkan suntikan saya dah turun 4 Kg,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu Hatinya Tak Tahan itu juga akui dirinya kurang melakukan senaman.
Namun dia mengambil pendekatan untuk menukar senaman kepada tarian Zapin.
“Sekarang saya dah kena buat brisk walk. Saya sebenarnya malas nak bersenam sangat jadi saya adakan satu program dekat akademi saya untuk menari zapin, selama dua jam itu saya akan menari sahaja zapin.
“Itu sahaja saya buat untuk tukar mood malas saya kepada tarian,” kongsinya.
#Noraniza Idris #Kurus #Kesihatan #Datuk Seri siti Nurhaliza #Turun Berat Badan