Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terjatuh Ketika Bermain, Lara Alana Patah Tangan Kiri

Azwa Rahman
25/02/2022 03:28 MYT
Anak sulung kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana mencuri perhatian ramai apabila tangan kirinya berbalut akibat patah dipercayai sebab terjatuh.

Menerusi laman sosial Instagram, Scha berkongsi foto-foto sewaktu membawa Lara untuk pemeriksaan dan juga sinaran x-ray di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

“Another x-ray day and missy is nervous,” tulis Scha di ruangan Kapsyen.

Meninjau ke Instagram Awal pula, dia turut memuat naik foto tangan kiri Lana yang sedang di x-ray untuk tatapan umum.

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)


Difahamkan sewaktu kejadian, Lara sedang bermain di kawasan perumahannya dan kemudian terjatuh.

Berlaku pada Februari lalu, Lara sempat kembali ke sekolah dan tangan simennya dihiasi dengan tulisan dan lukisan cepat sembuh oleh rakan-rakannya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan kata-kata semangat dan doa mereka agar tangan Lara segera pulih.

“Siannya, speedy recovery. Insyallah,” tulis Nadia Nasimuddin.

“Semoga tangan kiri Lara cepat sembuh dan boleh bergerak dengan normal seperti biasa,” doa seorang wargamaya.

“Syafakalllah baby girl. Semoga cepat sembuh,” ujar seorang wargamaya.

“Allahuakbar, mesti tak selesa tu. Semoga cepat sembuh Lara,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 11,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012.

Pasangan tersebut dikurniakan dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina yang lahir pada 12 Februari tahun lalu di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.
#Scha Alyahya #Lara Alana #Lara patah tangan