Pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof menceritakan pengalaman cemas ketika menjayakan salah satu babak dalam filem Town Mall.

Filem terbaru lakonan dan arahan Eizlan itu kini bersiaran di Astro First bermula 25 Jun.


"Ketika itu saya menjayakan babak diheret oleh momok. Saya meronta dan akhirnya saya terjatuh.

"Hentakannya terkena rusuk dan ia agak kuat... Kemudian, saya rasa cemas kerana pernafasan saya rasa tersangkut... Saya rasa tak boleh bernafas selama lebih kurang 10 saat.

"Selepas itu, keadaan menjadi normal semula tetapi kesakitan itu masih saya rasakan sampai sekarang," dedahnya.

Dalam pada itu, Eizlan yang memegang watak sebagai Rusdi berharap agar Town Mall dapat diterima ramai.


"Mungkin ramai yang belum biasa dengan norma baharu untuk menonton filem di rumah menerusi Astro First. Tetapi dengan cara ini, kita dapat meneruskan kelangsungan industri perfileman.

"Saya berharap agar semua peminat filem tempatan dapat memberikan sokongan terbaik untuk filem ini dengan melanggannya di Astro First dan menonton dalam keselesaan rumah masing-masing," katanya lagi.

Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.